APA ITU UNIT TRUST? | Selalu sangat dengar orang sebut Unit Trust.. Unit Trust, tapi tak tahu apa maksud Unit Trust.. Unit Trust juga disebut unit amanah dalam bahasa Melayu. Bila sebut sahaja unit trust mesti kita terbayang Public Mutual dan CWA sahaja.. Padahal ada lebih daripada 36 syarikat unit trust di Malaysia. Dalam post ini izinkan saya menerangkan kepada bakal pelabur tentang unit trust.

Apa itu unit trust?

Maksud UNIT AMANAH (Unit Trust)

UNIT TRUST

Unit Trust adalah sebutan dalam bahasa Inggeris, Bahasa Melayu disebut unit amanah. Ia merupakan satu bentuk pelaburan yang dibuat secara kolektif dari kalangan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama dengan cara mengumpul wang mereka, kemudian dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio sekuriti atau asset yang diuruskan oleh Pengurus Professional (Fund Manager).

Dalam erti kata lain, wang-wang pelabur akan diletakkan dalam satu dana (fund), diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil Syarikat Pengurusan Unit Amanah (Unit Trust Management Company ("UTMC")).

Seperti saya nyatakan di atas bahawa terdapat lebih daripada 36 UTMC di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis dana. Setiap UTMC mempunyai dana berbeza untuk ditawarkan kepada pelabur. Ianya melibatkan dana patuh shariah (Islamic Fund) dan dana tak patuh shariah (conventional fund).

Islamic Fund yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat unit trust akan sentiasa dipantau dan diaudit oleh Panel Syariah masing-masing dan sudah pasti ianya dilaburkan di tempat yang dibenarkan sahaja.

Tahukah anda bahawa ASB juga antara pelaburan unit amanah yang popular di Malaysia.

Semoga bermanfaat. Sekian, terima kasih.
 

0 Comments