4 CIRI-CIRI UTAMA AGEN UNIT TRUST YANG BAGUS | Agen Unit Trust juga disebut sebagai Perunding Unit Amanah, jangan confuse.. Pelaburan Unit Amanah merupakan satu pelaburan jangkamasa panjang. Oleh itu, adalah sangat penting untuk memilih agen unit amanah yang komited dan boleh bertahan lama.

4 Ciri-ciri Utama Perunding Unit Amanah

Untuk memastikan agen unit amanah anda seorang yang komited, pastikan beliau ada ciri-ciri utama seperti berikut :

1. Integriti - Bila sebut integriti ia kombinasi antara sikap jujur dan amanah. Jadi integriti sangat penting bagi seorang perunding unit amanah kerana ianya melibatkan pelaburan dan wang. Pertalian antara pelabur dan agen unit amanah bersifat jangkamasa panjang sama seperti pelaburan. Oleh itu integriti sangat penting bagi menjamin perhubungan yang berpanjangan.

2. Kepercayaan - Pelabur meletakkan sepenuh kepercayaan kepada perunding unit amanah. Jadi perunding unit amanah jangan letakkan harapan tinggi menggunung tapi mustahil untuk dicapai. Be realistic, bina kepercayaan bukan janji manis.

3. Memahami - Agen perlu mendengar dan memahami kehendak pelabur bukan agen syok sendiri. Fahami matlamat pelaburan pelabur dengan ikhlas.

4. Ilmu - Setiap agen unit amanah hendaklah sentiasa mempertingkatkan diri dengan ilmu pelaburan. Peka dengan keadaan ekonomi semasa. Bijak membuat perancangan kewangan. Mujurlah syarikat unit amanah saya sertai ada sediakan segala keperluan bukan setakat training dan e-Learning. Jadi saya lebih confidence untuk buat yang terbaik dan sedia untuk membina reputasi baik kepada pelabur.

Sekian, salam success selalu..




📃 Kepada yang berminat untuk pelaburan KWSP (EPF) : Jumlah pengeluaran hanya dari akaun 1. Tak boleh keluar semua, ada had yang telah ditetapkan EPF. Pengiraan mengikut jadual umur yang telah diberikan EPF. 

🔺Minimum pelaburan permulaan ialah RM1,000. 00

✅ Jika ada account KWSP saya boleh tolong check berapa amaun yang dibenarkan untuk pelaburan unit trust dengan mengisi borang di bawah :