Tips Kewangan Generasi Y (Gen Y)
TIPS KEWANGAN GENERASI (GEN Y) | Pengklasifikasian generasi menurut Tapscott (1999) adalah bersandarkan revolusi teknologi maklumat yang sememangnya telah mencorak zaman ketika ini. Pengelasan generasi dan tahun kelahiran menurut kajiannya adalah seperti berikut :
1. Generasi X - lahir di antara tahun 1965 sehingga tahun 1976;
2. Generasi Y - lahir di antara tahun 1977 sehingga tahun 1997; dan
3. Generasi Z - lahir selepas tahun 1998.
Kesemua generasi yang diketengahkan ini mempunyai latar dan citra kehidupan yang unik lagi tersendiri serta berbeda malahan jua berlawanan di antara satu sama lain. Apa yang pasti ketiga-tiga jenis generasi ini turut berbeza dengan generasi sebelumnya.
Apa kaitan Generasi atau singkatan Gen dalam tips kewangan?
Berdasarkan kajian, kes kebankrapan di Malaysia melibatkan individu berumur 25 hingga 34 tahun. Kalau kita lihat kategori generasi mengikut tahun seperti yang dinyatakan di atas, ianya melibatkan Generasi Y atau GEN-Y. Punca kebankrapan Gen-Y adalah kerana kegagalan membayar semula pinjaman peribadi dan kad kredit.
Mengikut pengalaman saya sendiri, di peringkat usia begitu kita kurang ilmu pengurusan kewangan, tak tahu beza antara KEHENDAK dan KEPERLUAN. Jadi kita sering berbelanja lebih dari kemampuan dan tidak membayar hutang tepat pada masanya. Kalau bayar hutang kad kredit pun setakat pembayaran minimum setiap bulan. Betul tak?
Peringat umur begitu, kita baru sahaja tamat belajar, baru mula bekerja sudah tentu gaji tak pernah cukup malah ada antara kita mempunyai hutang pendidikan. Bila tengok gaya hidup kawan yang dah memiliki kereta, kita mula teringin beli kereta dan guna gadget terkini, paling busuk iPhone. Ada pula yang terjebak memenuhi kehendak travel sana sini bersama kawan-kawan..
Bila hutang zaman muda bertimbun-timbun, umur pula dah melebihi Gen-Y baru fikir nak beli rumah, berkahwin dan bersedia untuk persaraan. Itulah antara roda kehidupan yang biasa terjadi. Mujur ada kerja tetap, kalau nasib tak menyebelahi kita, tiba-tiba kena buang kerja? Sudah tiada sumber pendapatan sedangkan sebelum ini hidup bermewah-mewah.. Menyesal takde guna.
Sebelum terlambat, sila berpijak di bumi yang nyata.. Ukur baju di badan sendiri.. Kehidupan pada masa hadapan bergantung kepada cara anda merancang. Pernah dengar Banjamin Franklin berfalsafah : "If you fail to plan, you are planning to fail.." Maksudnya, jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal.
So masih belum terlambat, tahun baru 2020 adalah masa yang sesuai untuk anda teliti semua perbelanjaan dan tetapkan matlamat kewangan anda. Sekiranya anda perlukan pendapat, jangan teragak-agak untuk isi maklumat dalam borang di bawah, saya amat berbesar hati membantu anda.
Kepada yang berminat untuk pelaburan KWSP (EPF) :
📃
Jumlah pengeluaran hanya dari akaun 1. Tak boleh keluar semua, ada had yang telah ditetapkan EPF. Pengiraan mengikut jadual umur yang telah diberikan EPF.
🔺Minimum pelaburan permulaan ialah RM1,000.00
✅ Jika ada account KWSP saya boleh tolong check berapa amaun yang dibenarkan untuk pelaburan unit trust dengan mengisi borang di bawah.

Benjamin Franklin |

0 Comments