COVID-19 & KEGAWATAN EKONOMI | Wabak koronavirus (Covid-19) yang telah menular lebih kurang 3 bulan lalu sedikit sebanyak menggugat kelancaran ekonomi negara dan di seluruh dunia.  

Krisis kesihatan itu memaksa seluruh penduduk dunia dikuarantin dalam kediaman masing-masing sehinggakan kita tidak dapat melakukan hampir keseluruhan aktiviti harian. Hal ini secara tak langsung menjejaskan kegiatan ekonomi negara. 

Dalam kita menghadapi krisis kesihatan dan seterusnya krisis ekonomi, rakyat bergantung harap kepada kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed supaya mengambil langkah bijak untuk menangani krisis tersebut.


Datuk Seri Mustapa Mohamed

PROFIL Datuk Seri Mustapa Mohamed Jawatan sekarang: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Asal: Bachok, Kelantan
Umur: 70 tahun (1950)
Nama panggilan: Tok Pa
Pendidikan: Sarjana Pembangunan Ekonomi, Universiti Boston, Amerika Syarikat (1982);
Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Melbourne, Australia (1973)
Politik: Ahli Parlimen Jeli (2004 hingga kini)
Pengalaman: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2013-2018)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2008-2009)
Menteri Pengajian Tinggi (2006-2008)
Menteri Kewangan Kedua (1998-1999)
Menteri Pembangunan Usahawan (1995-1998) 

Dalam kita duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dunia dikejutkan dengan penurunan harga mintak mentah dunia. Sebagai pengguna kita mungkin merasa lega, tetapi kesan krisis ini terpalit kepada pendapatan negara kita yang bergantung kepada hasil petroleum untuk menjana hasil kerajaan di mana hasil petroleum akan berkurangan anggaran RM300 juta. Malaysia sudah tentu turut terkesan dengan perkara ini.

Namun demikian, rakyat Malaysia turut merasa lega kerana kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion bertujuan mengurangkang beban rakyat ekoran impak krisis kesihatan yang berlaku sekarang.

Sebagai rakyat, kita mungkin tertanya-tanya bagaimana kerajaan mendapat dana sebanyak itu? Menurut Tok Pa, dana RM25 bilion adalah daripada peruntukan kerajaan manakala RM50 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sebahagian besarnya adalah pengeluaran i-Lestari. Selebihnya kebanyakannya adalah daripada bank-bank. Prihatin mampu menampung kos perbelanjaan rakyat untuk tempoh enam bulan. 

Dalam tempoh PKP rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa dengan melayari internet. Kaedah perbelanjaan juga berubah ke arah atas talian. Di sini pentingnya Big Data, tambahan pula dalam negara menuju Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0). Justeru, kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia harus meningkatkan keupayaan menggunakan teknologi maklumat. Kita tak tahu bila krisis kesihatan ini akan berakhir sepenuhnya.

Selain itu, rakyat perlu tahu bahawa pakar-pakar ekonomi telah meramalkan bahawa terdapat tanda-tanda kemelesetan ekonomi akan melanda dunia akibat Covid-19, negara kita juga tak terkecuali. 

Antara sektor yang paling terjejas dengan krisis kesihatan ini ialah sektor korporat, perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dan juga peniaga kecil. Namun kerajaan telah mengambil langkah sewajarnya dengan mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi untuk sektor terlibat bagi memastikan mereka kekal dengan pekerjaan yang dijalankan sebelum ini.

Melalui Prihatin, kerajaan telah menyediakan insentif-insentif berikut :

(a) Subsidi upah sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan untuk pekerja berpendapatan bawah RM4,000 dan majikan mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak Januari 2020. Majikan perlu menjamin tiada pembuangan pekerja bagi tempoh tiga bulan selepas program ini. 

(b) PKS turut mendapat manfaat yang sama seperti seluruh rakyat Malaysia apabila menerima moratorium pinjaman selama 6 bulan. 

(c) KWSP juga menyediakan kemudahan rundingan majikan untuk mereka menangguhkan bayaran, menstruktur dan menjadual semula sumbangan majikan (akan dipertimbangkan mengikut kes). Ini membantu mereka melancarkan aliran tunai. 

(d) Pembayaran cukai pendapatan ditangguhkan selama 3 bulan manakala sumbangan kepada HRDF dikecualikan selama 6 bulan.

(e) Tambahan sebanyak RM3 bilion untuk Tabung Kemudahan Khas (SRF) bagi membantu PKS dengan penurunan kadar kepada 3.5%. Terdapat tambahan RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah dua peratus tanpa cagaran serta pembiayaan sehingga RM300,000 untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun di bawah skim Bizmula-I dan Bizwanita-I. 

(f) Merangka plan khusus untuk industri penerbangan dan sektor berkaitan yang terjejas melalui Danajamin dengan memperuntukan sebanyak RM50 bilion untuk menjamin pinjaman syarikat sehingga 80% jaminan, dengan pinjaman melebihi RM20 juta untuk satu-satu syarikat. 

Bagi memastikan kerajaan mampu menangani krisis ini, kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri diurusetiakan bersama oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan bagi merancang pelan ekonomi jangka panjang melangkaui pandemik Covid-19. Sumber kewangan akan digembleng melalui beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan dana-dana lain. EAC ditubuhkan untuk melihat isu-isu ekonomi dari masa ke masa.

Kita boleh menarik nafas lega apabila Menteri Kewangan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan menggunakan rizab antarabangsa diurus Bank Negara Malaysia untuk memastikan kelancaran aktiviti perdagangan antarabangsa. Malah Bank Negara telah mengumumkan bahawa ekonomi negara akan berkembang antara -2% sehingga 0.5%.

Untuk jangka panjang, kerajaan sedang merangka RMK-12 dalam tempoh 2021-2025. RMK-12 akan memberi penekanan kepada kesan yang dihadapi sekarang ke atas ekonomi negara. Marilah kita bersama-sama membantu kerajaan bagi membendung krisis kesihatan ini seterusnya berdoa agar mereka yang terlibat mampu menangani cabaran ini. 


Jom melabur tanpa tunai melalui Akaun 1 KWSP anda :



📃 Kepada yang berminat untuk pelaburan KWSP (EPF) : Jumlah pengeluaran hanya dari akaun 1. Tak boleh keluar semua, ada had yang telah ditetapkan EPF. Pengiraan mengikut jadual umur yang telah diberikan EPF. 

🔺Minimum pelaburan permulaan ialah RM1,000.00, 

✅ Jika ada account KWSP saya boleh tolong check berapa amaun yang dibenarkan untuk pelaburan unit trust dengan mengisi borang di bawah.

0 Comments