KAWAL EMOSI ANDA | Jangan panik, kawal emosi anda. Nama pun melabur bukan main loteri atau join skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa yang singkat okay.. Jadi jika anda berstatus Pelabur jangan terus beremosi atau rasa tertipu jika agihan pendapatan dan bonus pelaburan tak menepati sasaran seperti yang diharapkan dalam tempoh tertentu. Bertenang, tarik nafas panjang-panjang.


Profit, Loss and Risk

Sambil bertenang, fikir semula apa matlamat pelaburan anda?. Matlamat setiap pelabur tentulah pulangan jangka panjang. Lebih-lebih lagi melabur dengan Unit Trust melalui EPF, kena tunggu sampai umur bersara baru boleh tebus (redeem) semula ke akaun 1 EPF. Bila dah pencen, barulah boleh keluar semua amount pelaburan anda termasuk untung yang dah lama anda kumpul dari awal.

Selain tu, apabila kita melabur, setiap pelabur kena faham maksud pelaburan (investment), konsep pulangan (profit), kerugian (loss) dan risiko (risk). Jika agihan dividen tinggi daripada kadar faedah tentu pelabur untung besar, tetapi jika sebaliknya agihan pendapatan rendah dari kadar faedah, pelabur akan mengalami kerugian. Setiap pelabur tentu jelas dengan formula pelaburan ini. 

Jangan lupa dalam pelaburan kena ambil tahu juga faktor persekitaran yang boleh menyebabkan untung rugi sesuatu pelaburan. Contoh seperti sekarang penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan ekonomi dunia. Berdasarkan sejarah lalu, wabak SARS turut menjejaskan ekonomi dunia seperti juga Covid-19. Namun ianya pulih sedikit demi sedikit sehingga ekonomi stabil. 

Jangan risau berdasarkan trend, semua itu berlaku dalam jangkamasa tertentu. Istilah ‘high risk, high return” tentu anda familiar kann. So tunggu tempoh pelaburan matang baru kira untung rugi. Kalau tak nak pening kepala, just keep in touch dengan Unit Trust Consultant anda. Mereka sedia membantu.

So no worries okay!



---------- **** ----------


Jom melabur tanpa tunai melalui KWSP Akaun 1 :



📃 Kepada yang berminat untuk pelaburan KWSP (EPF) : Jumlah pengeluaran hanya dari akaun 1. Tak boleh keluar semua, ada had yang telah ditetapkan EPF. Pengiraan mengikut jadual umur yang telah diberikan EPF. 

🔺Minimum pelaburan permulaan ialah RM1,000.00 

✅ Jika ada account KWSP saya boleh tolong check berapa amaun yang dibenarkan untuk pelaburan unit trust dengan mengisi borang di bawah.